J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. LAWATAN TAPAK KE MASJID AL BADR PULAU PANGKOR: INSPIRASI PROJEK MASJID GAMBANG DAMAI (114 SURAH)
  • Selamat Datang
Butiran
Kategori: BERITA
11.Sep
Jumlah paparan: 41

LAWATAN TAPAK KE MASJID AL BADR PULAU PANGKOR: INSPIRASI PROJEK MASJID GAMBANG DAMAI (114 SURAH)

Pulau Pangkor - 11 September 2025M / 18 Rabiulawal 1447H. Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, YH. Dato’ Hamdan bin Hussin bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan lawatan tapak ke Masjid Al Badr (1000 Selawat), Pulau Pangkor.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan ilham dan rujukan teknikal dalam aspek seni bina, reka bentuk serta pengisian rohani sebagai persediaan pelaksanaan Projek Masjid Gambang Damai (114 Surah) di Pahang.

1109251

Masjid Al Badr yang terkenal dengan keunikan ukiran seni khat 1000 selawat di ruang dalamannya menjadi contoh terbaik gabungan keindahan seni Islam dengan elemen keagamaan. Keunikan ini menjadikan masjid bukan sekadar pusat ibadah, malah pusat ilmu dan tarikan pelancongan berteraskan Islam.

11092541109256

Melalui lawatan ini, PPN Pahang bersama agensi teknikal berkaitan dapat meneliti secara langsung aspek reka bentuk, pengurusan projek, serta pendekatan pengisian rohani yang bakal dijadikan asas dalam pembinaan Masjid Gambang Damai (114 Surah) kelak, sekali gus memberi identiti tersendiri kepada projek tersebut.

Usaha ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan pembangunan berteraskan nilai MADANI, seiring aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi pembangunan fizikal dan rohani.— Disunting daripada hantaran Facebook Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

 

Previous article: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA EDISI 24 TAHUN 2025 Seterusnya Next article: MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat
  • Sistem Kursus Kahwin
  • E-Masjid
  • Sistem Sekolah Menengah Agama Negeri
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
037828
Today: 114
This Week: 356
This Month: 2,040
Total: 37,828
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Khamis 18 September 2025, 01:42:19.