J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
    • Pelan Strategik
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • APLIKASI ONLINE
    • Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (eMunakahat)
    • Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama Pahang (SPSMA)
    • Sistem Permohonan Kursus Pra Perkahwinan Islam Pahang (Pra Kahwin)
    • Sistem eMasjid
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SERTA PERASMIAN MASJID UnIPSAS SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-66 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
Butiran
Kategori: BERITA
26.Jul
Jumlah paparan: 204

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SERTA PERASMIAN MASJID UnIPSAS SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-66 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

Kuantan - 24 Julai 2025M / 28 Muharam 1447H. Rakyat Negeri Pahang telah bersatu hati berhimpun di dalam Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Serta Perasmian Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah di Masjid UnIPSAS.

267251

Majlis telah diserikan dengan Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato' Dr. Asmadi bin Mohamed Naim dan diteruskan dengan Solat Maghrib diimamkan oleh Qari Negeri Pahang, Ustaz Muhammad Syaheed bin Sabri, dan solat hajat dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.

267253

Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan ucapan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad kemudiannya diteruskan dengan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

267252

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang juga telah berkenan merasmikan Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan seterusnya menamakan masjid tersebut sebagai Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli-Duli Paduka Baginda Tuanku menyantuni rakyat di dalam majlis ini menunjukkan sifat prihatin dan sayang kepada Negeri Pahang khususnya.

Previous article: PERBINCANGAN DAN LAWATAN PENUBUHAN SRAIN DI CAMERON HIGHLANDS Seterusnya Next article: DISKUSI PEMANTAPAN AKIDAH DAN SUNNAH PERINGKAT MAWILLA 1 TLDM KAUNTAN Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat 
  • Sistem SPSMA
  • Sistem Pra Kahwin
  • Sistem E-Masjid
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
051990
Today: 34
This Week: 992
This Month: 1,367
Total: 51,990
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Rabu 07 Januari 2026, 08:40:47.