- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 113
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Kerajaan Malaysia (ADTEC JTM Kampus Selandar) Dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP)
SELANDAR - 23 Mei 2025. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Persefahaman Bukan Perundangan (NoU) bersama rakan strategik ADTEC JTM Kampus Selandar telah berlangsung pada hari ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, YBrs Ts Kamaruzaman bin Haji Md Ali. Manakala JAIP pula telah diwakili Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli.
Kementerian Sumber Manusia melihat kepada keperluan lepasan agama yang mempunyai kemahiran di dalam bidang TVET merupakan satu nilai tambah.
Pengajian di ADTEC adalah percuma dan wang sara hidup juga dibekalkan serta pelajar boleh meneruskan pengajian hafazan sambil menyambung pengajian dalam bidang TVET.
ADTEC Selandar, Melaka merupakan institusi Tahfiz di Malaysia yang pertama mendapat kelulusan sebagai Pusat Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) di bawah Darul Quran JAKIM.