J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
    • Pelan Strategik
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • APLIKASI ONLINE
    • Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (eMunakahat)
    • Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama Pahang (SPSMA)
    • Sistem Permohonan Kursus Pra Perkahwinan Islam Pahang (Pra Kahwin)
    • Sistem eMasjid
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) NEGERI PAHANG TAHUN 2025
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
  • epphg
Butiran
Kategori: BERITA
25.Feb
Jumlah paparan: 14

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) NEGERI PAHANG TAHUN 2025

 

Temerloh, 25 Februari 2026 / 7 Ramadan 1447H – Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Negeri Pahang Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Temerloh.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; Tuan Zaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP serta Al-Fadhil Qadhi-Qadhi Daerah.

250226

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta pengumuman rasmi keputusan UPKK Tahun 2025 oleh YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Seramai 1,977 orang calon berjaya memperoleh agregat 9A, sekali gus mencerminkan pencapaian yang amat membanggakan bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

Bagi kategori Daerah Terbaik UPKK Negeri Pahang Tahun 2025, kedudukan adalah seperti berikut:

  • Tempat Pertama: Bandaraya Kuantan
  • Tempat Kedua: Raub
  • Tempat Ketiga: Maran

Pelajar Terbaik UPKK Negeri Pahang Tahun 2025 telah disandang oleh Safiyyah binti Khairul Anwar dari Daerah Kuantan Barat dengan pencapaian 99.00%.

25022612502262

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad yang menzahirkan penghargaan kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang komited dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Pahang Darul Makmur.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para penerima anugerah bagi kategori Murid Cemerlang UPKK 2025, Murid Terbaik UPKK 2025, Sekolah Cemerlang UPKK 2025, Sekolah Terbaik UPKK 2025, Daerah Terbaik UPKK 2025 serta Pencapaian Terbaik UPKK 2025 Peringkat Daerah.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan JAIP dalam memperkukuh sistem pendidikan KAFA serta melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pembangunan ummah di Negeri Pahang.

 

Previous article: PAHANG JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM Seterusnya Next article: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENGURNIAAN HADIAH TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat 
  • Sistem SPSMA
  • Sistem Pra Kahwin
  • Sistem E-Masjid
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
062047
Today: 120
This Week: 441
This Month: 2,495
Total: 62,047
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Selasa 17 Mac 2026, 04:34:24.