J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. MAJLIS PENYAMPAIAN INISIATIF MAKMUR KLUSTER AGAMA ZON PAHANG TENGAH TAHUN 2025 & JENGKA BERSELAWAT
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
Butiran
Kategori: BERITA
21.Sep
Jumlah paparan: 200

MAJLIS PENYAMPAIAN INISIATIF MAKMUR KLUSTER AGAMA ZON PAHANG TENGAH TAHUN 2025 & JENGKA BERSELAWAT

Jengka - 20 September 2025M / 27 Rabiulawal 1447H. Seramai 200 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat serta 50 individu telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama (Masjid & Surau Kebenaran Jumaat) Zon Pahang Tengah Tahun 2025 yang berlangsung di Masjid Ar-Rahman, Felda Jengka 25.

2209251

Majlis dimulakan dengan Diskusi Ilmiah Kitab Haqqul Mubin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz Fateh Al-Azhari, diikuti dengan Taklimat Tatacara Pengurusan Masjid Negeri Pahang oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP, YBrs Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Manan.

2209252

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab Rahman, Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Ahli Dewan Negara, YB Senator Tuan Sharul Wizan bin Sulong, serta ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan masyarakat setempat.

Dalam majlis ini, 200 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat telah menerima inisiatif Makmur Pahang, manakala 50 individu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di masjid turut diberi penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka.

Previous article: MAJLIS PENYAMPAIAN INISIATIF MAKMUR PAHANG (IMP) KLUSTER MUALAF PAHANG ZON TIMUR TAHUN 2025 Seterusnya Next article: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA EDISI 24 TAHUN 2025 Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat
  • Sistem Kursus Kahwin
  • E-Masjid
  • Sistem Sekolah Menengah Agama Negeri
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
043479
Today: 88
This Week: 235
This Month: 359
Total: 43,479
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Selasa 04 November 2025, 04:48:55.