- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 122
Majlis Perasmian Penutupan MASISUPA Kali Ke-41 Tahun 2025
BANDAR JENGKA - 25 Mei 2025. Majlis Perasmian Penutupan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-41 tahun 2025 telah diadakan di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, YH Taun Haji Mohd Lafzul bin Muda dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, YH Tuan Zaidi bin Ismail.
Berikut adalah johan-johan bagi acara sukan:
1) Bola Sepak Lelaki Menengah : Zon 1
2) Bola Jaring Perempuan Menengah : Zon 1
3) Sepak Takraw Lelaki Menengah : Zon 4
4) Bola Tampar :
- Lelaki Menengah : Zon 3
- Perempuan Menengah : Zon 2
5) Ping-pong:
- Perseorangan Lelaki Menengah : Zon 1
- Beregu Lelaki Menengah : Zon 2
- Perseorangan Perempuan Menengah : Zon 1
- Beregu Perempuan Menengah : Zon 1
6) Badminton :
- Perseorangan Lelaki Menengah : Zon 3
- Beregu Lelaki Menengah : Zon 2
- Perseorangan Perempuan Menengah : Zon 4
- Beregu Perempuan Menengah : Zon 4
JOHAN KESELURUHAN ACARA SUKAN : ZON 1
Berikut adalah johan-johan bagi acara Ilmiah:
1) Tilawah al-Quran:
- Lelaki Menengah : Zon 2
- Perempuan Menengah : Zon 2
2) Tahfiz al-Quran:
- Lelaki Menengah : Zon 2
- Perempuan Menengah : Zon 3
3) Syarahan Bahasa Melayu:
- Lelaki Menengah : Zon 2
- Perempuan Menengah : Zon 1
4) Syarahan Bahasa Inggeris:
- Lelaki Menengah : Zon 2
- Perempuan Menengah : Zon 3
5) Syarahan Bahasa Arab:
- Lelaki Menengah : Zon 1
- Perempuan Menengah: Zon 1
6) Bahas Bahasa Melayu Menengah : Zon 1
7) Bahas Bahasa Inggeris Menengah : Zon 1
Bahas Bahasa Arab Menengah : Zon 1
9) Nasyid :
- Lelaki Menengah : Zon 4
- Perempuan Menengah : Zon 2
10) Kalam Jamaei Terbuka Menengah : Zon 3
11) Forum Terbuka Menengah : Zon 3
12) Ejaan Jawi Tepat Terbuka Menengah : Zon 1
13) Khat :
- Lelaki Menengah : Zon 1
- Perempuan Menengah : Zon 2
14) Khutbah Lelaki Menengah : Zon 3
15) Kitab Turath Lelaki Menengah : Zon 2
16) Kitabatul Maqal :
- Lelaki Menengah : Zon 1
- Perempuan Menengah : Zon 4
17) Inovasi Terbuka Menengah : Zon 1
JOHAN KESELURUHAN ACARA ILMIAH : ZON 1
JOHAN KESELURUHAN MASISUPA KALI KE
41 TAHUN 2025 IALAH ZON 1
Majlis diakhiri dengan penyerahan bendera kepada wakil tuan rumah kepada MASISUPA Kali ke-42 Tahun 2026 sebelum majlis ditutup secara rasmi.