J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
  • Selamat Datang
Butiran
Kategori: BERITA
06.Sep
Jumlah paparan: 45

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Kuantan - 5 September 2025M / 12 Rabiulawal 1447H. Bulan Rabiulawal, bulan penuh keberkatan yang memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, terus disemarakkan dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447H/2025M yang berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan pada hari ini.

0509252

Majlis penuh istiadat itu diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

05092510509255

Keberangkatan Baginda Tuanku turut diiringi oleh Paduka-paduka Anakanda, Kerabat-kerabat bergelar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pembesar-pembesar negeri serta para pemimpin masyarakat.

Majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan dan Sepanduk yang disertai sebanyak 23 kontinjen, diikuti dengan persembahan maulid oleh Firqah Nurul Huda Al-Hadi. Suasana kemeriahan turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan terkenal Far East.

05092530509254

Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

050925705092560509258

Kemuncak majlis adalah Titah Diraja oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, sebelum Baginda berkenan menyempurnakan Penganugerahan Tokoh dan Anugerah Maulidur Rasul serta menyampaikan hadiah pertandingan perarakan dan sepanduk kepada para jemaah hakim dan pemenang.

 

Previous article: MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) Seterusnya Next article: KAJIAN PENANAMAN TEKS ABU AL-QURAN ROSAK Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat
  • Sistem Kursus Kahwin
  • E-Masjid
  • Sistem Sekolah Menengah Agama Negeri
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
037828
Today: 114
This Week: 356
This Month: 2,040
Total: 37,828
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Khamis 18 September 2025, 01:42:19.