- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 199
Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk (PPNCR) Peringkat Daerah Lipis 1446/2024
LIPIS - 10 Safar 1446 / 15 Ogos 2024. Satu muzakarah penolong pendaftar nikah,cerai dan rujuk (PPNCR) peringkat daerah lipis telah diadakan di Dewan Utama, Starwell Hotel, Kuala Lipis anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Lipis.
Seramai 15 orang PPNCR Daerah Lipis yang hadir dalam muzakarah pada kali ini. Slot pertama mengenai penyelarasan peranan pendaftar kanan, pendaftar/jurunikah perkahwinan, penceraian dan rujuk orang islam negeri Pahang bagi prosedur permohonan kebenaran berkahwin dan perlaksanaan akad nikah yang disampaikan oleh Tuan Mohd Taib Anajmi bin Haji Rabu, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP
Slot kedua mengenai Laporan pengurusan nikah, cerai dan rujuk Pahang dan penerangan kadar baru mas kahwin Pahang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rasmawi bin Harun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP.
Akhir muzakarah, diadakan majlis penutup program yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rasmawi bin Harun. Turut hadir Al-Fadhil Tuan Mohd Zainudin bin Zakaria, Qadhi Daerah Lipis dan Al-Fadhil Tuan Ahmad Tajuddin bin Mat Zin, Timbalan Qadhi Daerah Lipis. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan muzakarah pada kali ini
003669
Today:
82
This Week:
407
This Month:
451
Total:
3,669