J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
    • Pelan Strategik
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • APLIKASI ONLINE
    • Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (eMunakahat)
    • Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama Pahang (SPSMA)
    • Sistem Permohonan Kursus Pra Perkahwinan Islam Pahang (Pra Kahwin)
    • Sistem eMasjid
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. PAHANG JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
  • epphg
Butiran
Kategori: BERITA
06.Mac
Jumlah paparan: 15

PAHANG JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM

Melaka, 6 Mac 2026 / 16 Ramadan 1447H – Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali Ke-16 Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka telah berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2026 bersamaan 14 hingga 16 Ramadan 1447 Hijrah.

Majlis ini melibatkan penyertaan seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada qari dan qariah dari beberapa buah negara antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Sri Lanka.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

0603261

Bagi kategori qari, johan telah dimenangi oleh wakil Negeri Pahang iaitu Mohamad Syaheed bin Sabri Al-Hafiz. Tempat kedua dimenangi oleh Encik Muhammad Miftah Fariol dari Jakarta, Indonesia manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Arif Hidayat dari Lampung, Indonesia.

Bagi kategori qariah pula, johan telah disandang oleh Puan Sintia Febriani dari Kalimantan Tengah, Indonesia. Naib johan dimenangi oleh Puan Ma’rifah dari Sulawesi Selatan, Indonesia manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puan Sunarti Larisa dari Sulawesi Tengah, Indonesia.

Johan kategori qari dari Negeri Pahang telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.00 berserta plak dan sijil.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, khususnya wakil Negeri Pahang atas kejayaan yang membanggakan ini.

 

Previous article: MAJLIS PERASMIAN MASJID BAHARU KAMPUNG SIMPANG TEBING TINGGI, JERANTUT Seterusnya Next article: MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) NEGERI PAHANG TAHUN 2025 Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat 
  • Sistem SPSMA
  • Sistem Pra Kahwin
  • Sistem E-Masjid
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
062047
Today: 120
This Week: 441
This Month: 2,495
Total: 62,047
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Selasa 17 Mac 2026, 04:34:24.