J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
    • Pelan Strategik
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • APLIKASI ONLINE
    • Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (eMunakahat)
    • Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama Pahang (SPSMA)
    • Sistem Permohonan Kursus Pra Perkahwinan Islam Pahang (Pra Kahwin)
    • Sistem eMasjid
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
Butiran
Kategori: BERITA
02.Dis
Jumlah paparan: 27

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH

Kuantan - 2 Disember 2025 / 11 Jamadil Akhir 1447H – Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 2 Disember 2025 bertempat di Swiss-Belhotel Kuantan. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencegahan rasuah dalam tadbir urus organisasi negeri.

212252

Majlis dimulakan dengan Sesi Dialog Integriti dan Antirasuah bertemakan “Membudayakan Integriti dalam Organisasi: Cabaran dan Strategi Keberkesanan” yang menampilkan panel berpengalaman iaitu:

  • YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara;
  • Dato’ Seri Haji Mustafar bin Haji Ali, Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM; dan
  • Datuk Mohamad Fauzi bin Husin, Mantan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) serta pengiktirafan kepada jabatan dan agensi yang berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System, ABMS).

212251

Dalam majlis tersebut, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) turut menerima Sijil Penghargaan bagi kategori Jabatan/Agensi Yang Telah Membangunkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ISO 37001:2016). Pengarah JAIP, YH Dato’ Ahmad Khirrizal bin Ab. Rahman, turut menerima Sijil Penghargaan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh budaya integriti di peringkat jabatan.

Majlis ini menjadi manifestasi kepada kesungguhan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya dalam memupuk nilai integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam setiap aspek perkhidmatan awam.

 

Next article: PROGRAM PRIHATIN AD-DIN DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2025 Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat 
  • Sistem SPSMA
  • Sistem Pra Kahwin
  • Sistem E-Masjid
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
047487
Today: 2
This Week: 679
This Month: 679
Total: 47,487
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Selasa 02 Disember 2025, 08:14:43.