
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 256
PERBINCANGAN DAN LAWATAN PENUBUHAN SRAIN DI CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highlands - 30 Julai 2025M / 5 Safar 1447H. Satu lawatan serta perbincangan bagi penubuhan Sekolah Rendah Agama Islam Negeri (SRAIN) telah diadakan di Cameron Highlands.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Pengarah JAIP, YH Dato' Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab Rahman. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAIP, YBrs Tuan Nazaruddin bin Mat Ali @ Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, YBrs. Tuan Zaidi bin Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, YBrs. Puan Siti Zanariahtul Saadiah binti Yatim dan Al- Fadhil Qadhi Daerah Cameron Highlands, YBrs. Tuan Mohd Khalil bin Mohd Zari Al-Hafiz.

Hadir bersama dalam perbincangan dan lawatan adalah wakil dari Majlis Daerah Cameron Highlands, Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands, Pejabat Daerah Cameron Highlands, Perbadanan Setiausaha Kerajaan dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.


Sesi diteruskan dengan lawatan ke beberapa lokasi cadangan tapak sementara bagi pengoperasian sekolah pada tahun 2026, sementara menunggu proses naik taraf bangunan tapak asal di Taman Sedia. Lawatan dan perbincangan diurusetiakan oleh Unit Pembangunan Jabatan Agama Islam Pahang.