
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 388
Temerloh - 29 Oktober 2025 / 7 Jamadil Awal 1447H. Kursus Pengendalian Kenderaan Khas Jawatan Jabatan Agama Islam Pahang Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di Grand Astana Event & Wedding Hall Temerloh serta Dataran Temerloh.


Kursus ini disertai oleh Al-Fadhil Qadhi-Qadhi, Timbalan-Timbalan Qadhi serta Pegawai Kenderaan Daerah dari seluruh negeri Pahang. Penganjuran program selama dua hari ini bertujuan mempertingkatkan kecekapan dan kefahaman peserta dalam aspek pengendalian kenderaan jabatan, merangkumi pengurusan keselamatan, etika pemanduan, serta penyelenggaraan asas kenderaan rasmi.

Turut hadir memeriahkan program pada hari kedua ialah YH Dato’ Ahmad Khirrizal bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Program ini menjadi platform penting bagi memperkukuh profesionalisme warga JAIP dalam mengurus serta mengendalikan aset jabatan secara lebih efisien, berhemah dan selamat.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 303
Temerloh - 27 Oktober 2025 / 5 Jamadil Awal 1447H. Sekolah Menengah Agama Al Wosto, Temerloh hari ini menjadi tumpuan warga pendidikan apabila menerima kunjungan tokoh ulama tersohor dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Prof. Dr. Atiyyah Mustafa Muhammad Husain, Profesor di Fakulti Usuluddin dan Dakwah.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena program ilmiah bertajuk “Fikrah Dakwah Bersama Prof. Dr. Atiyyah Mustafa Muhammad Husain” yang bertujuan memperkukuh kefahaman Islam serta menyemai semangat mencintai ilmu dalam kalangan pelajar.


Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), barisan guru, serta para pelajar SMA Al-Wosto. Suasana majlis menjadi lebih bermakna dengan sesi soal jawab interaktif, di mana pelajar berpeluang mengemukakan soalan secara langsung kepada Prof. Dr. Atiyyah mengenai isu-isu keagamaan dan dakwah semasa.


Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menghidupkan budaya keilmuan dan mendekatkan pelajar dengan tradisi ulama yang menjadi teras kepada keunggulan pendidikan Islam.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 411
Bera - 13 Oktober 2025 / 12 Rabiulakhir 1447H. Program Inisiatif Makmur Pahang (IMP) Kluster Mualaf Zon Pahang Timur Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Darul Fikri, Bera.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Khairul Nizam bin Mohamad Zuldin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan. Turut hadir En. Zainor Nizam bin Zainal Abidin, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Bera; Tuan Mohd Azizi bin Abdul Aziz, Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera; serta Ustaz Mohd Asri bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang.

Program ini melibatkan seramai 100 orang peserta, terdiri daripada saudara baharu di daerah Bera yang menerima manfaat melalui pelbagai pengisian keagamaan, sosial dan pembangunan diri.


Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Inisiatif Makmur Pahang (IMP) Kluster Mualaf Zon Pahang Timur 2025 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang bersama agensi pelaksana dalam memperkasa komuniti mualaf melalui pendekatan holistik dan inklusif, merangkumi aspek agama, sosial serta ekonomi, selaras dengan aspirasi membina masyarakat Islam yang sejahtera dan berdaya maju.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 422
Jengka - 20 September 2025M / 27 Rabiulawal 1447H. Seramai 200 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat serta 50 individu telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama (Masjid & Surau Kebenaran Jumaat) Zon Pahang Tengah Tahun 2025 yang berlangsung di Masjid Ar-Rahman, Felda Jengka 25.

Majlis dimulakan dengan Diskusi Ilmiah Kitab Haqqul Mubin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz Fateh Al-Azhari, diikuti dengan Taklimat Tatacara Pengurusan Masjid Negeri Pahang oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP, YBrs Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Manan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab Rahman, Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Ahli Dewan Negara, YB Senator Tuan Sharul Wizan bin Sulong, serta ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan masyarakat setempat.
Dalam majlis ini, 200 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat telah menerima inisiatif Makmur Pahang, manakala 50 individu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di masjid turut diberi penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 580
Langkawi - 16 September 2025M / 24 Rabiulawal 1447H. Langkawi, Kompleks Sukan Langkawi bergema dengan suasana penuh meriah sempena Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) Edisi ke-24 Tahun 2025.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, selaku Wakil Rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Naib Johan dan Johan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Turut memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin, serta para pengarah dan wakil jabatan agama Islam dari seluruh Malaysia.

Dalam kejohanan kali ini, Kontinjen Pahang berjaya muncul Johan acara Bola Sepak, selain meraih tempat ketiga bagi acara Badminton Berpasukan (Lelaki) dan Ping Pong Berpasukan (Perempuan).
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan.
Lebih banyak artikel..
Halaman 2 dari 5