
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 292
Kuantan - 24 Julai 2025M / 28 Muharam 1447H. Rakyat Negeri Pahang telah bersatu hati berhimpun di dalam Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Serta Perasmian Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah di Masjid UnIPSAS.

Majlis telah diserikan dengan Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato' Dr. Asmadi bin Mohamed Naim dan diteruskan dengan Solat Maghrib diimamkan oleh Qari Negeri Pahang, Ustaz Muhammad Syaheed bin Sabri, dan solat hajat dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan ucapan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad kemudiannya diteruskan dengan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang juga telah berkenan merasmikan Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan seterusnya menamakan masjid tersebut sebagai Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli-Duli Paduka Baginda Tuanku menyantuni rakyat di dalam majlis ini menunjukkan sifat prihatin dan sayang kepada Negeri Pahang khususnya.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 278
Kuantan - 22 Julai 2025M / 26 Muharam 1447H . Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Mawilla 1, Tentera Laut Diraja Malaysia, Kuantan melaksanakan program Diskusi Pemantapan Akidah & Sunnah di Surau al-Amin TLDM, Balok Perdana, Kuantan.

Program diisi dengan ceramah bertajuk Al-Quran & Sunnah Teras Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh YBrs. Dr Abdul Kamil bin Jamaluddin, dari Universiti Malaysia Pahang As-Sultan Abdullah dan Bahaya Ajaran Sesat & Menyeleweng: Satu Analisa di Negeri Pahang oleh Ketua Unit Akidah Syariah, YBrs. Ustazah Naemah Fairus bin Mohd Jelani, Bahagian Penyelidikan, JAIP.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, YBrs. En. Noridzuan bin Abdul Manan, dan Pegawai Agama MAWILLA 1, Mejar Mohd Fauzan bin Md Nor. Semoga pengisian program memberi manfaat kepada warga kerja TLDM yang hadir.
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 195
LANCHANG, 21 Julai 2025M / 25 Muharam 1447H - Bulan Muharam telah diserikan dengan Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi. Karnival ini telah dilaksanakan di Surau Kampung Paya Laman, Lanchang, Temerloh, Pahang.
Karnival telah dimulakan dengan sesi pelancaran yang diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan YH Dato' Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman. Kemudian YB Dato' Sri telah meninjau dan melawat setiap pasukan yang menyertai Asyura.
Majlis Perasmian telah diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah serta pembesar-pembesar masyarakat.
YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan sumbangan I.M Pahang kepada Jemaah Haji Negeri Pahang serta hadiah kepada 7 orangJemaah Hakim dan pemenang Karnival Asyura.
Karnival Asyura tahun ini telah disertai oleh 33 pasukan yang terdiri daripada 12 Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Pejabat Agama Islam Daerah / Sekolah / IPT manakala 21 pasukan dari Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah.
Keputusan Karnival adalah seperti berikut:
| Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Pejabat Agama Islam Daerah / Sekolah / IPT | Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah |
|
Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (89%) |
Masjid Lipat Kajang (82%) |
|
MARA Pahang / Giatmara Pahang (87%) |
Al-Jawaher Shaipudin (81%) |
|
RISDA Temerloh (86.50%) |
Damar Berkat 1 (80%) |
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 210
Lanchang - 21 Julai 2025M / 25 Muharam 1447H. Bulan Muharam telah diserikan dengan Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi. Karnival ini telah dilaksanakan di Surau Kampung Paya Laman, Lanchang, Temerloh, Pahang.
Karnival telah dimulakan dengan sesi pelancaran yang diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan YH Dato' Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman. Kemudian YB Dato' Sri telah meninjau dan melawat setiap pasukan yang menyertai Asyura.
Majlis Perasmian telah diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah serta pembesar-pembesar masyarakat.
YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan sumbangan I.M Pahang kepada Jemaah Haji Negeri Pahang serta hadiah kepada 7 orangJemaah Hakim dan pemenang Karnival Asyura.
Karnival Asyura tahun ini telah disertai oleh 33 pasukan yang terdiri daripada 12 Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Pejabat Agama Islam Daerah / Sekolah / IPT manakala 21 pasukan dari Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah.
Keputusan Karnival adalah seperti berikut:
| Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / PAID/ Sekolah / IPT | Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah |
|
Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (89%) |
Masjid Lipat Kajang (82%) |
|
MARA Pahang / Giatmara Pahang (87%) |
Al-Jawaher Shaipudin (81%) |
|
RISDA Temerloh (86.50%) |
Damar Berkat 1 (80%) |
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 450
Kuantan-11 Jun 2025. Program Kem Bestari Solat SMK Seri Mahkota bagi tahun 2025 telah diadakan di Dewan Sanggar Mahkota, SMK Seri Mahkota, Kuantan.
Program dimulakan dengan slot pertama dengan tajuk Kem Bestari Solat yang disampaikan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, Bahagian Dakwah JAIP, YBhg Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Salleh.
Kemudian program diteruskan dengan slot Tahsin Al-Fatihah. Seterusnya pula menampilkan sesi diskusi ilmiah bertajuk βSolat & Kehidupanβ yang dimoderatorkan oleh YBhg Ustazah Jumatun binti Jamaluddin. Panel jemputan terdiri daripada Al- Fadil Qadi Daerah Kuantan Barat, YBhg Tuan Haji Badaruddin bin Ahmad Bustami dan Penolong Pengarah Unit Dakwah JAIP, YBhg Dr Azlan bin Abdul Rahman.

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kefahaman pelajar terhadap kewajipan solat serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Lebih banyak artikel..
- Clock Out Terakhir YH Dato' Zaliza bin Zulkipli dan YBhg Tuan Rizal bin Mustafa di Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
- Majlis Perasmian Penutupan MASISUPA Kali Ke-41 Tahun 2025
- Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Kerajaan Malaysia (ADTEC JTM Kampus Selandar) Dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP)
- Program Pemantapan Integriti Jabatan Agama Islam Negeri Pahang Tahun 2025
Halaman 4 dari 5