Utama Pengumuman Iklan Jawatan Kosong: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred D...
Penting 16 November 2026 Sehingga 30 November 2026

Iklan Jawatan Kosong: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (COS) – Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pahang (2 Kekosongan)

Iklan Jawatan Kosong: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (COS) – Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pahang (2 Kekosongan)

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang mempelawa warganegara Negeri Pahang yang berkelayakan mengisi kekosongan Pekerja Contract of Service (COS):

Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9
Kekosongan: 2 (Sekolah Rendah Agama Islam Negeri - SRAIN Cameron Highlands)
Keutamaan: Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Gaji permulaan: RM2,250.00 sebulan

Syarat kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan; ATAU Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan; ATAU Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan; ATAU Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.

Syarat lantikan: Warganegara Malaysia / kelahiran Negeri Pahang; berumur 18 tahun ke atas; terbuka kepada lelaki atau perempuan.

Cara memohon: Kemukakan resume lengkap beserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Tamat Persekolahan, Sijil SPM dan Sijil Akademik kepada Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur (u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan Kontrak DG9-SRAIN).

Tarikh tutup permohonan: 30 November 2026 (sebelum 5.00 petang). Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.

Pertanyaan: En. Saufiuddin bin Ibrahim / Pn. Fauziah binti Ismail — 09-4271111 / 09-4271129.
Kongsi: