Utama Tentang JAIP Pelan Strategik

Pelan Strategik

Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 2023–2027 digubal dengan hasrat untuk memartabatkan Pengurusan Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Pahang, menggariskan lima (5) Teras Strategik yang dilaksanakan oleh lapan (8) Bahagian JAIP.

Teras Strategik

  • Teras 1 — Kelestarian Pengurusan Berkualiti: Memastikan sistem pengurusan yang berkualiti sentiasa diamalkan. Penambahbaikan berterusan dilaksanakan bagi mengekalkan perkhidmatan JAIP sesuai mengikut arus perkembangan teknologi dan kaedah terkini.
  • Teras 2 — Pemerkasaan Kompetensi Sumber Manusia: Membangunkan kompetensi warga JAIP secara berterusan ke tahap yang lebih baik sehingga mencapai piawai staf cemerlang, meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terbaik.
  • Teras 3 — Pemantapan Sistem Penyampaian: Memberi tumpuan kepada peningkatan sistem penyampaian kepada pelanggan yang mesra pengguna bagi memberi kepuasan dan memenuhi keperluan mereka secara berkesan.
  • Teras 4 — Pusat Rujukan dan Pengurusan Pengetahuan Hal Ehwal Islam: Menyediakan platform yang mengandungi bahan-bahan rujukan berkaitan pengurusan hal ehwal Islam, hasil penyelidikan serta amalan terbaik JAIP yang boleh diakses oleh pelanggan.
  • Teras 5 — Pembentukan Ummah Rabbani: Menjadikan pembentukan Ummah Rabbani sebagai teras dalam setiap aktiviti yang dirancang, berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah, demi peningkatan kualiti kehidupan masyarakat.