Utama Berita Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid...
Aktiviti 29 October 2026 JAIP (Facebook) 22 paparan

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Peringkat Negeri Pahang

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Peringkat Negeri Pahang

Klik gambar untuk paparan saiz asal

JAIP bersama JAKIM dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menganjurkan bengkel TOT Sukarelawan RAMAH pada 26-28 Oktober 2026 di Jerantut, dengan tujuan meningkatkan kompetensi sukarelawan dalam pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Peringkat Negeri Pahang pada 26 hingga 28 Oktober 2026 di Jerantut.

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP. Turut hadir YBrs Dr. Muhammad Yamin bin Ismail (Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM), YBrs Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP) dan YBrs Tuan Mohd Sahirman bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM).

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sukarelawan dalam membantu pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah, khususnya pengurusan ibadah, pendekatan psikospiritual Islam serta penjagaan spiritual ketika berinteraksi dengan pesakit.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Mohd Hamdi bin Razali (Ketua Unit Spiritualiti dan Hal Ehwal Islam Hospital Selayang), Encik Wan Muhammad bin Wan Ibrahim (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Kelestarian, Hidayah Centre Foundation), Dr. Mohd Shahrin bin Ahmad Fuat (Pakar Perubatan Kecemasan & Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, HOSHAS Temerloh) serta Encik Azhar bin Ahmad (Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Bera).

Peserta juga menjalani latihan praktikal dan ziarah ke Hospital Jerantut bagi memberi pendedahan langsung tentang pelaksanaan khidmat sukarelawan dalam persekitaran hospital.

Diharapkan bengkel ini dapat melahirkan sukarelawan RAMAH yang kompeten, berkemahiran dan beriltizam dalam membantu pesakit menunaikan ibadah serta memberikan sokongan kerohanian, sekaligus memperkukuh pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah di Negeri Pahang.

Kongsi: