Utama Berita Kursus Praperkahwinan Islam Bentuk Bakal Pasangan Berilmu da...
Aktiviti 16 October 2026 JAIP (Facebook) 29 paparan

Kursus Praperkahwinan Islam Bentuk Bakal Pasangan Berilmu dan Bertanggungjawab

Kursus Praperkahwinan Islam Bentuk Bakal Pasangan Berilmu dan Bertanggungjawab

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam selama dua hari pada 15-16 Oktober 2026 di Dewan Seminar Lestari, Majlis Bandaraya Kuantan. Kursus tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Nizam bin Mahyuddin dan menggunakan Modul Bersepadu Versi 5 bagi mempertingkat pengetahuan tentang tanggungjawab suami isteri.

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Biro Agama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Bandaraya Kuantan telah menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam Negeri Pahang pada 15-16 Oktober 2026 (4 Jamadilawal 1448 H) di Dewan Seminar Lestari, Aras 2, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Kursus dua hari ini merupakan keperluan wajib bagi warganegara Malaysia yang berhasrat mendirikan rumah tangga. Ia dilaksanakan dengan menggunakan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Versi 5, yang memberi pendedahan serta pengetahuan tentang kehidupan berumah tangga.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Tuan Haji Nizam bin Mahyuddin, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan. Turut hadir Ketua Biro Agama KESUMBA, Encik Abdul Latif bin Ramley, serta Ustazah Fatinah ‘Azami binti Mahadzir dari Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap tanggungjawab suami isteri, serta membentuk institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan berlandaskan ajaran Islam, ke arah melahirkan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kongsi: