Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Biro Agama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Bandaraya Kuantan telah menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam Negeri Pahang pada 15-16 Oktober 2026 (4 Jamadilawal 1448 H) di Dewan Seminar Lestari, Aras 2, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Kursus dua hari ini merupakan keperluan wajib bagi warganegara Malaysia yang berhasrat mendirikan rumah tangga. Ia dilaksanakan dengan menggunakan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Versi 5, yang memberi pendedahan serta pengetahuan tentang kehidupan berumah tangga.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Tuan Haji Nizam bin Mahyuddin, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan. Turut hadir Ketua Biro Agama KESUMBA, Encik Abdul Latif bin Ramley, serta Ustazah Fatinah ‘Azami binti Mahadzir dari Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap tanggungjawab suami isteri, serta membentuk institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan berlandaskan ajaran Islam, ke arah melahirkan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.