Jengka, 16 Oktober 2026 – Program Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di Masjid Felda Jengka 23, Kuala Krau.
Program dimulakan dengan tausiah khas oleh Dr. Maulana Juhari bin Muhammad Ali al-Jenderaqi, diikuti ucapan aluan oleh YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Majlis seterusnya dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Turut hadir YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Acara ini menjadi platform untuk menghimpunkan ulama dan asatizah, memperkukuh ukhuwah serta menyelaraskan pendekatan dakwah di negeri ini.