Utama Berita Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Pr...
Aktiviti 16 October 2026 JAIP (Facebook) 27 paparan

Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang 2026

Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang 2026 telah diadakan pada 16 Oktober 2026 di Masjid Felda Jengka 23, Kuala Krau. Acara ini dipengerusi oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan disaksikan oleh Dr. Maulana Juhari, YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom serta YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal, Pengarah JAIP.

Jengka, 16 Oktober 2026 – Program Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di Masjid Felda Jengka 23, Kuala Krau.

Program dimulakan dengan tausiah khas oleh Dr. Maulana Juhari bin Muhammad Ali al-Jenderaqi, diikuti ucapan aluan oleh YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Majlis seterusnya dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Turut hadir YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Acara ini menjadi platform untuk menghimpunkan ulama dan asatizah, memperkukuh ukhuwah serta menyelaraskan pendekatan dakwah di negeri ini.

Kongsi: