Temerloh, 18 Oktober 2026 – Majlis Haul Memperingati Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal kali ke-28 telah berlangsung di Masjid Ribat Baalawi Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Majlis dipengerusi oleh YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), bersama barisan ulama, asatizah dan masyarakat setempat.
Acara dimulakan dengan bacaan Maulid dan persembahan qasidah, diikuti tausiah oleh Kiyai Amir Hamzah, Maulana Dr. Juhari bin Muhammad Ali, Datuk Syeikh Hafiz bin Selamat Al-Jenderami, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim serta Habib Abdullah bin Abdul Qader Al-Habsyi.
Pengajian Wanita disampaikan oleh Ustazah Sharifah Hafsah dan Ustazah Asma’ Harun untuk memperdalam ilmu agama wanita.
Kemuncak majlis ialah Tausiah Haul oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sayyid Muhammad Aqiel bin Ali Al-Mahdaly, menekankan perjuangan dan warisan keilmuan para ulama.