Utama Berita Masjid Tengku Mahkota & Masjid At-Taqwa Raih Anugerah Masjid...
Berita Utama 15 October 2026 JAIP (Facebook) 49 paparan

Masjid Tengku Mahkota & Masjid At-Taqwa Raih Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026

Masjid Tengku Mahkota & Masjid At-Taqwa Raih Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh dan Masjid At-Taqwa, Kampung Awah, Maran masing-masing menerima Anugerah Masjid Pengimarahan Berimpak serta Anugerah Masjid Mesra Komuniti dalam Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026/1448.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengucapkan tahniah kepada Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh atas penerimaan Anugerah Masjid Pengimarahan Berimpak, serta kepada Masjid At-Taqwa, Kampung Awah, Maran atas penerimaan Anugerah Masjid Mesra Komuniti. Kedua-dua masjid tersebut telah diiktiraf dalam Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026/1448, sempena Konvensyen Masjid Nusantara.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa fungsi masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah, malah sebagai pusat pembangunan ummah, penyebaran ilmu dan pengukuhan hubungan silaturahim dalam komuniti. JAIP berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan memperkasa pengimarahan masjid, menyantuni masyarakat dan menyemarakkan syiar Islam di Negeri Pahang Darul Makmur.

Kongsi: