Utama Berita Pertemuan JAIP dengan Wakil Penduduk Kampung Ubai di Masjid...
Aktiviti 28 October 2026 JAIP (Facebook) 10 paparan

Pertemuan JAIP dengan Wakil Penduduk Kampung Ubai di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Pertemuan JAIP dengan Wakil Penduduk Kampung Ubai di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Klik gambar untuk paparan saiz asal

JAIP mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Kampung Ubai pada 27 Oktober 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan untuk membincangkan perancangan program keagamaan dan dakwah serta menegaskan kepatuhan kepada syariat Islam.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Kampung Ubai pada 27 Oktober 2026 (16 Jamadilawal 1448H) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Ketua Kampung Ubai, Encik Alias bin Ibrahim, bersama Pengerusi Masjid Kampung Ubai, Tuan Haji Omar bin Ahmad. Kehadiran turut dirasmikan oleh YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah JAIP; YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP; YH Dato’ Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1; serta barisan Ketua Penolong Pengarah JAIP.

Perbincangan tertumpu kepada perancangan program keagamaan dan aktiviti dakwah yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat, serta usaha memperkukuh kefahaman agama, menyemarakkan pengimarahan masjid dan mengeratkan hubungan antara JAIP dengan komuniti.

Wakil penduduk memaklumkan bahawa amalan yang bercanggah dengan syariat Islam tidak lagi diamalkan di Kampung Ubai. JAIP menekankan kepentingan masyarakat terus berpegang teguh kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan memastikan semua aktiviti keagamaan selaras dengan tuntutan syariat Islam.

Kongsi: