Utama Berita Program Diskusi Ilmiah Perdana JAIP 2026 Siri 4/2026
Aktiviti 25 October 2026 JAIP (Facebook) 36 paparan

Program Diskusi Ilmiah Perdana JAIP 2026 Siri 4/2026

Program Diskusi Ilmiah Perdana JAIP 2026 Siri 4/2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Program Diskusi Ilmiah Perdana 2026 Siri 4 pada 25 Oktober 2026 di Perkarangan UTC Kuantan. Program bertemakan “Masjid Imarah, Masyarakat Berkah” dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain dan menampilkan dua panel jemputan.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Program Diskusi Ilmiah Perdana 2026 Siri 4 pada 25 Oktober 2026 (14 Jamadilawal 1448) di Perkarangan UTC Kuantan, sebagai usaha memperkukuh kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat.

Program bertemakan “Masjid Imarah, Masyarakat Berkah” dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP. Dua panel jemputan, iaitu Ustaz Mohd Hafidz bin Muhamad Suhaile (Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan) dan Ustaz Mohd Lokman bin Ahmad (Penolong Pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAIP), menyampaikan pandangan mengenai peranan masjid sebagai pusat ibadah, wadah penyatuan ummah, dan institusi penting dalam pembangunan masyarakat sejahtera.

Perbincangan menekankan kepentingan pengimarahan masjid secara berterusan untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat dan institusi agama. Siri 4/2026 merupakan siri terakhir bagi tahun ini, mencerminkan komitmen JAIP dalam menyebarluaskan ilmu agama serta memperkasa penghayatan Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi JAIP di jaip.pahang.gov.my.

Kongsi: