Utama Berita JAIP Perkasakan Kompetensi Juruaudit Dalaman ISMS ISO/IEC 27...
Aktiviti 03 November 2026 JAIP (Facebook) 24 paparan

JAIP Perkasakan Kompetensi Juruaudit Dalaman ISMS ISO/IEC 27001:2022

JAIP Perkasakan Kompetensi Juruaudit Dalaman ISMS ISO/IEC 27001:2022

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah mengadakan kursus juruaudit dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 selama empat hari pada 26-29 Oktober 2026 di Dewan Shah Bandar, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, dengan 40 pegawai jabatan.

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) terus memperkukuh keupayaan pengurusan keselamatan maklumat melalui penganjuran Kursus Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 yang berlangsung selama empat hari, 26 hingga 29 Oktober 2026.

Kursus diadakan di Dewan Shah Bandar, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dan melibatkan 40 orang pegawai JAIP yang mewakili setiap bahagian dalam skop pelaksanaan ISMS jabatan.

Penceramah jemputan, Puan Ts. Wan Nor Asiah binti Wan Nawi, Perunding Latihan Kanan, Seksyen Latihan Teknologi Digital, Pusat Pembangunan Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur, memimpin sesi yang merangkumi modul perancangan audit, kaedah pengauditan, penulisan penemuan audit, serta penyediaan Laporan Ketidakakuran (NCR) dan Opportunity for Improvement (OFI).

Para peserta turut menjalani aktiviti simulasi Open Meeting, Audit Walkthrough di Pusat Data, dan Closing Meeting bagi memberi gambaran praktikal proses juruaudit dalaman.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kompetensi pegawai JAIP serta memperkukuh pelaksanaan ISMS selaras standard ISO/IEC 27001:2022, khususnya dalam penilaian prestasi di bawah Klausa 9.

Kongsi: