JAIP Perkasakan Kompetensi Juruaudit Dalaman ISMS ISO/IEC 27001:2022
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah mengadakan kursus juruaudit dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 selama empat hari pada 26-29 Oktober 2026 di Dewan Shah Bandar, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, dengan 40 pegawai jabatan.
Baca Selanjutnya
Pemantauan Pelaksanaan Peperiksaan SMA Tahun 2026
Timbalan Pengarah JAIP, YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, telah melakukan lawatan pemantauan ke Sekolah Menengah Agama Al-Attas dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, bagi memastikan kelancaran Peperiksaan Sijil Menengah Agama 2026 yang melibatkan 1,184 calon di 24 pusat peperiksaan.
Baca Selanjutnya
Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan kepada Mahasiswa Pahang di Mesir
Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah, menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa Pahang yang sedang menuntut ilmu di Mesir.
Baca Selanjutnya
Program Wanita Cinta Al-Quran di Masjid Tengku Mahkota, UNIQSAAS, Kuantan
Program Wanita Cinta Al-Quran yang dianjurkan oleh Kluster Agama, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang bersama UNIQSAAS, JAIP dan pihak berkaitan telah berlangsung pada 29 Oktober 2026 di Masjid Tengku Mahkota, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Baca Selanjutnya
Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis
Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang di Daerah Lipis telah dijalankan pada 29 Oktober 2026 dengan lawatan ziarah ke Kampung Telang serta sesi Town Hall bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang.
Baca Selanjutnya
Bengkel Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Peringkat Negeri Pahang
JAIP bersama JAKIM dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menganjurkan bengkel TOT Sukarelawan RAMAH pada 26-28 Oktober 2026 di Jerantut, dengan tujuan meningkatkan kompetensi sukarelawan dalam pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah.
Baca Selanjutnya
Pertemuan JAIP dengan Wakil Penduduk Kampung Ubai di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
JAIP mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Kampung Ubai pada 27 Oktober 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan untuk membincangkan perancangan program keagamaan dan dakwah serta menegaskan kepatuhan kepada syariat Islam.
Baca Selanjutnya
Program Diskusi Ilmiah Perdana JAIP 2026 Siri 4/2026
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Program Diskusi Ilmiah Perdana 2026 Siri 4 pada 25 Oktober 2026 di Perkarangan UTC Kuantan. Program bertemakan “Masjid Imarah, Masyarakat Berkah” dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain dan menampilkan dua panel jemputan.
Baca Selanjutnya
Program Bacaan Maulid dan Tausiah Khas di Pusat Islam Ibnu Khaldun, UNITEN, Muadzam Shah
Program Bacaan Maulid dan Tausiah Khas bersama Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad telah diadakan pada 20 Oktober 2026 di Pusat Islam Ibnu Khaldun, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah. Acara dibuka dengan ucapan alu-aluan YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan dihadiri YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal, Pengarah JAIP serta tokoh-tokoh lain.
Baca Selanjutnya
Program Daurah Kitab Penghayatan Ilmu Islam di SMA Bukit Ibam
Program Daurah Kitab bersama Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad telah dijalankan pada 20 Oktober 2026 di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Program ini dihadiri YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP, serta melibatkan sesi bacaan, pengajian, dan soal jawab bagi memperkukuh penghayatan ilmu Islam di kalangan pelajar.
Baca Selanjutnya
Program Daurah Kitab Bersama Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad
Program Daurah Kitab yang dipimpin Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad telah diadakan pada 19 Oktober 2026 di Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan, dengan sesi bacaan, pengajian, dan soal jawab untuk pelajar.
Baca Selanjutnya
Program Cakna Ad-Din Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2026
Bahagian Penyelidikan JAIP bersama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut dan PUSPEN Jerantut menganjurkan Program Cakna Ad-Din pada 19 Oktober 2026 di PUSPEN Jerantut bagi meningkatkan kesedaran akidah dan cabaran penyelewengan syariat Islam dalam era siber.
Baca Selanjutnya