Pahang Unggul, Johan Keseluruhan MIISMAM Ke-12 dan Naib Johan MIISRA Ke-11
Negeri Pahang meraih gelaran Johan Keseluruhan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Ke-12 serta pelbagai anugerah dalam MIISMAM dan MIISRA yang diadakan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 7 Oktober 2026.
Baca Selanjutnya
Penutupan KESSUMA & MESMA 2026 di UTM, Skudai, Johor
Majlis penutupan KESSUMA dan MESMA 2026 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dihadiri oleh pegawai tinggi termasuk Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib, YB Tuan Haji Mohd Fared dan Dato’ Haji Abdul Zaki. Negeri Kedah Dinobatkan Johan Keseluruhan dan bendera diserahkan kepada Wilayah Persekutuan sebagai tuan rumah 2027.
Baca Selanjutnya
Merafak Sembah dan Tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Pahang atas Ulang Tahun Ke-31 Hari Keputeraan
Pengarah serta warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang telah menyampaikan merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan yang ke-31 pada 17 September 2026 (5 Rabiulakhir 1448H).
Baca Selanjutnya
Majlis Perasmian Pembukaan KESSUMA 2026 dan MESMA di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Pada 15 September 2026, Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan ke-25 serta Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Acara tersebut dipengerusi oleh YB Dato’ Haji Mohd Radzi bin Mohd Amin dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee serta disertai penyampaian pennant KESSUMA kepada ketua-ketua kontinjen.
Baca Selanjutnya