Majlis Haul Kali Ke-28 Memperingati Jasa dan Sumbangan Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal
Majlis Haul ke-28 telah diadakan pada 18 Oktober 2026 di Masjid Ribat Baalawi Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Kampung Kuala Tekal, Temerloh. Majlis dipengerusi YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman bersama pelbagai ulama terkemuka serta sesi Pengajian Wanita.
Baca Selanjutnya
Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta Pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang 2026
Program Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang serta pelancaran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Pahang 2026 telah diadakan pada 16 Oktober 2026 di Masjid Felda Jengka 23, Kuala Krau. Acara ini dipengerusi oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan disaksikan oleh Dr. Maulana Juhari, YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom serta YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal, Pengarah JAIP.
Baca Selanjutnya
Kursus Praperkahwinan Islam Bentuk Bakal Pasangan Berilmu dan Bertanggungjawab
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam selama dua hari pada 15-16 Oktober 2026 di Dewan Seminar Lestari, Majlis Bandaraya Kuantan. Kursus tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Nizam bin Mahyuddin dan menggunakan Modul Bersepadu Versi 5 bagi mempertingkat pengetahuan tentang tanggungjawab suami isteri.
Baca Selanjutnya
Masjid Tengku Mahkota & Masjid At-Taqwa Raih Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026
Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh dan Masjid At-Taqwa, Kampung Awah, Maran masing-masing menerima Anugerah Masjid Pengimarahan Berimpak serta Anugerah Masjid Mesra Komuniti dalam Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026/1448.
Baca Selanjutnya
Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera 2026
Seramai 173 orang mualaf menerima manfaat melalui Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera pada 15 Oktober 2026 di Dewan Seminar Masjid Darul Fikri, Bera.
Baca Selanjutnya
Forum Bicara Akidah Peringkat Daerah Pekan
Bahagian Penyelidikan JAIP bersama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan menganjurkan Forum Bicara Akidah pada 13 Oktober 2026 di Masjid Tanjung Batu, Ganchong, dengan lebih 60 peserta bagi meningkatkan kesedaran akidah masyarakat setempat.
Baca Selanjutnya
Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026
Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026 telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2026 di Masjid Assobirin, Felda Jengka 24, dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman ajaran sesat serta memperkukuh pegangan akidah Islam.
Baca Selanjutnya
Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Muadzam Shah 2026
Bahagian Penguatkuasaan JAIP telah menganjurkan program dua hari di Felda Selancar, Muadzam Shah pada 10 Oktober 2026 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah syariah serta memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.
Baca Selanjutnya
Program Bahagia Milik Semua di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
Kuantan, 8 Oktober 2026 – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, bersama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Kela...
Baca Selanjutnya
Pahang Unggul, Johan Keseluruhan MIISMAM Ke-12 dan Naib Johan MIISRA Ke-11
Negeri Pahang meraih gelaran Johan Keseluruhan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Ke-12 serta pelbagai anugerah dalam MIISMAM dan MIISRA yang diadakan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 7 Oktober 2026.
Baca Selanjutnya
Penutupan KESSUMA & MESMA 2026 di UTM, Skudai, Johor
Majlis penutupan KESSUMA dan MESMA 2026 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dihadiri oleh pegawai tinggi termasuk Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib, YB Tuan Haji Mohd Fared dan Dato’ Haji Abdul Zaki. Negeri Kedah Dinobatkan Johan Keseluruhan dan bendera diserahkan kepada Wilayah Persekutuan sebagai tuan rumah 2027.
Baca Selanjutnya
Merafak Sembah dan Tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Pahang atas Ulang Tahun Ke-31 Hari Keputeraan
Pengarah serta warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang telah menyampaikan merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan yang ke-31 pada 17 September 2026 (5 Rabiulakhir 1448H).
Baca Selanjutnya